Khamis, 21 Oktober 2010

Ubat Itu Pahit Tapi Mujarab...

Ubat untuk sakit/murung ialah pelukan!!!
Pelukan lebih mujarab
LONDON: Pelukan adalah penawar paling mujarab bagi orang yang berada dalam kesakitan atau kesedihan dan ia dipersetujui saintis yang berkata sentuhan dapat menghilangkan rasa sakit.

Penyelidik Sweden berkata, apabila kulit dipanaskan kepada tahap suhu yang membuatkan seseorang mengaduh kesakitan, rasa sakit boleh dikurangkan jika menggosok lembut bahagian itu.

Ia boleh menjelaskan mengapa ibu bapa selalu memeluk anak mereka yang jatuh atau mencium lebam dialami kanak-kanak itu.


Malah, menggosok lembut pada bahu dengan tangan ketika krisis mempunyai kisahnya tersendiri dalam biologi sentuhan, kata saintis negara itu kepada anggota Persatuan Festival Sains Britain di Liverpool.

Mereka berkata, kulit sebenarnya dipenuhi dengan serat saraf yang bertindak apabila seseorang itu dipeluk digosok atau disentuh dengan lembut.

Ia memindahkan maklumat ke dalam otak yang mencetuskan perasaan seronok. - Agensi

Chinese Mother and Baby

6 ulasan:

  1. ini adalah salah satu cara yang mudah dan percuma serta senang untuk dipraktikkan.. CUBALAH...

    BalasPadam
  2. Sentuhan mampu memberikan keajaiban kepada pesakit. Malah, bayi yang selalu disentuh akan membesar dengan baik sebagaimana iklan Johnson's yang sering kita tonton di kaca televisyen....belum terlambat untuk mempraktikkannya kepada keluarga kita. Orang Asia termasuk Malaysia antara orang yang dikatakan paling sukar mempamerkan kasih sayang. Mari kita lakukan keajaiban itu bersama-sama kepada orang yang kita kasihi seperti ibu bapa, suami atau isteri, dan anak-anak.

    BalasPadam
  3. Betul ka ni.... saya nak cuba la, maaf nak tanya tapi jangan salah sangka, kalau tak ada anak kecil peluk isteri pun agak-agak kemujarabannya sama juga ka, saya tanya dulu takut tersalah cara lain cerita.

    Tolong respon ya.

    BalasPadam
  4. Mari cuba! Ibarat iklan Baby Johnson's, sentuhan mampu membantu bayi pramatang membesar dengan lebih cepat dan sihat. Pelukan atau sentuhan mampu membahagiakan suami atau isteri, mampu memberikan rasa diperlukan kepada anak-anak dan mampu menyebabkan warga emas berasa dihargai. Jadilah kita seperti masyarakat di Barat yang sering mempamerkan kasih dan sayang. "Sentuhan dan pelukan mampu melahirkan keajaiban." Ayuh, sama-sama kita mencipta keajaiban itu.

    BalasPadam
  5. pakcik : boleh ba peluk isteri sendiri.. sama mujarab tu.. yang pentingkan sentuhan.. dengan cara menggosok lembut dengan menggunakan tangan.. jangan peluk isteri orang sudah la..

    BalasPadam
  6. abang mualin ni banyak pangalaman pakcik.. boleh berguru dengan dia.. boleh tanya apa saja.. nak tanya juga dengan abang mualin, ada praktik tak sentuhan dan pelukan dengan isteri serta anak-anak selain di rumah? hehe.. jangan mare aa..

    BalasPadam