Khamis, 21 Oktober 2010

Ubat Itu Pahit Tapi Mujarab...

Ubat untuk sakit/murung ialah pelukan!!!
Pelukan lebih mujarab
LONDON: Pelukan adalah penawar paling mujarab bagi orang yang berada dalam kesakitan atau kesedihan dan ia dipersetujui saintis yang berkata sentuhan dapat menghilangkan rasa sakit.

Penyelidik Sweden berkata, apabila kulit dipanaskan kepada tahap suhu yang membuatkan seseorang mengaduh kesakitan, rasa sakit boleh dikurangkan jika menggosok lembut bahagian itu.

Ia boleh menjelaskan mengapa ibu bapa selalu memeluk anak mereka yang jatuh atau mencium lebam dialami kanak-kanak itu.


Malah, menggosok lembut pada bahu dengan tangan ketika krisis mempunyai kisahnya tersendiri dalam biologi sentuhan, kata saintis negara itu kepada anggota Persatuan Festival Sains Britain di Liverpool.

Mereka berkata, kulit sebenarnya dipenuhi dengan serat saraf yang bertindak apabila seseorang itu dipeluk digosok atau disentuh dengan lembut.

Ia memindahkan maklumat ke dalam otak yang mencetuskan perasaan seronok. - Agensi

Chinese Mother and Baby

Rabu, 20 Oktober 2010

Minum teh hijau bagi warga tua boleh elak murung

Minum teh hijau bagi warga tua boleh elak murung
APABILA usia sudah semakin meningkat senja, perasaan mudah terguris dan diri menjadi lebih sensitif. Demikian rata-rata sikap warga emas.
Bagaimanapun, jika mereka rajin meminum beberapa cawan teh hijau, perasaan yang mudah murung itu lebih mudah disingkirkan.
Inilah dapatan satu kajian yang dijalankan di Jepun.
Dr Kaijun Niu, dari Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan di Universiti Tohoku di Sendai, Jepun, dan rakan-rakannya mendapati bahawa lelaki dan wanita berusia 70 tahun ke atas yang meminum empat cawan atau lebih teh hijau, didapati 44 peratus kurang cenderung untuk mengalami kemurungan, berbanding dengan mereka yang minum kurang daripada itu.
 
Dr Niu telah menjalankan kajian tersebut ke atas 1,058 warga emas yang umumnya sihat.
Hasilnya, mereka mendapati bahawa 34 peratus daripada kaum wanita itu dan 39 peratus daripada kaum lelaki mempunyai tanda-tanda kemurungan.
Sekitar 20 peratus daripada kaum lelaki dan 24 peratus kaum wanita mengalami kemurungan yang lebih serius.

Selebihnya tidak mengalami kemurungan. Mereka mewakili sekitar 488 peserta yang meminum empat cawan atau lebih teh hijau setiap hari dan 284 yang minum dua hingga tiga cawan sehari.

Hasil kajian itu dilaporkan dalam Jurnal Pemakanan Klinikal Amerika, lapor Reuters.
Menurut pengkaji itu, kesan baik meminum teh hijau itu didapati pada para peserta kajian tersebut meskipun faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan sosial mereka, jantina, pemakanan, sejarah kesihatan, penggunaan ubat mengawal kemurungan, tabiat merokok dan kegiatan fizikal mereka telah diambil kira.
Namun, mereka dapati tiada kaitan antara kemurungan dengan meminum teh hitam, teh oolong dan kopi.

Teh hijau berupaya memberikan rasa tenang pada diri peminum kerana kandungan asid amino teanin yang dikatakan boleh menenangkan otak.

Bagaimanapun, kata Dr Niu, kajian-kajian lanjut perlu dijalankan untuk memastikan sama ada dapatan ini benar-benar memberikan kesan anti kemurungan.

Lantas beliau mengakui tidak mengesyorkan warga tua untuk meminumnya semata-mata untuk tujuan mengelakkan kemurungan.

Sumber : Cyberita

Isnin, 18 Oktober 2010

Sabtu, 16 Oktober 2010

Kitaro - Peace on Earth

Besarnya kesan Kemurungan Terhadap Hidup Remaja

 

Kemurungan beri kesan kehidupan remaja

KEMURUNGAN adalah penyakit yang cukup berbahaya. Ia mampu menyongsangkan perspektif normal seseorang sehingga mengakibatkan perubahan tingkah laku dan akhirnya mencederakan diri sendiri atau lebih teruk lagi - bunuh diri.

Kini penyakit tersebut bukan sahaja merangkumi golongan dewasa malah turut melanda remaja atas pelbagai sebab antaranya, tekanan persekitaran, peperiksaan, masalah keluarga atau dengan rakan-rakan di sekolah.
Sesetengah orang berpendapat bahawa kemurungan remaja hanyalah sekadar perubahan angin dan sikap melankolik yang sesekali melanda golongan ini.

Sebaliknya, kemurungan atau depresi merupakan masalah serius yang memberi impak kepada setiap aspek kehidupan remaja berkenaan.

Jika dibiarkan tanpa rawatan ia mampu menimbulkan masalah lebih besar di rumah dan sekolah. Lebih tragik lagi jika remaja itu terlibat dengan dadah, membenci diri sendiri, bertindak ganas dan akhirnya membunuh diri.

Walaubagaimanapun, penyakit tersebut boleh dirawat dengan bantuan ibu bapa, guru atau rakan yang paling rapat dengan mereka.

Dekan Jabatan Psikiatri dan Psikoterapi Fakulti Perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Azhar Md. Zain berkata, meskipun agar sukar dikesan, namun ibu bapa sebagai orang paling hampir dengan pesakit harus mengenal pasti simptom kemurungan pada anak mereka.
''Antara perubahan ketara yang mungkin boleh dikenal pasti adalah perbezaan sikapnya yang menjadi ganas, mengambil dadah, mengunjungi kelab atau perkara yang membahayakan diri mereka.
''Sebaliknya simptom juga boleh datang tanpa disedari iaitu apabila pesakit menyembunyikan perasaan sebenar, menyendiri, hilang minat bersosial dan sebagainya,'' jelas beliau.

Ramai terlupa betapa sukarnya zaman remaja apabila terpaksa mengimbangkan antara keprihatinan dan keakraban hubungan sesama rakan, kejayaan akademik, kurikulum dan pembangunan jati diri yang kukuh serta bermoral.

Oleh itu, sesekali menunjukkan muka masam atau perangai adalah normal tetapi kemurungan mampu merosakkan personaliti remaja dan menimbulkan perasaan sedih, kecewa atau marah yang amat sangat.
Tidak seperti golongan dewasa yang mampu mendapatkan bantuan dengan sendiri, remaja biasanya terpaksa bergantung kepada ibu bapa, guru atau penjaga mereka untuk mengenal pasti penyakit yang dihadapi serta mendapatkan rawatan diperlukan.

Justeru, jika anda mempunyai remaja dalam hidup anda adalah penting untuk mengenal pasti tanda-tanda kemurungan ini dan apa yang perlu dilakukan sekiranya menemui simptom tersebut.

tips mencegah kemurungan...

11 tips mencegah kemurungan

  1. belajar menjadi tenang dan bersabar
  2. jangan terlalu ‘high expectation’ sehingga sukar dicapai
  3. rancang tugas agar teratur
  4. jangan terlalu mengharapkan sesuatu
  5. elakkan bersendirian..habiskan masa dengan orang yang tersayang
  6. libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfirkir secara positif
  7. setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnya secara objektif. Ataupun mengambil keputusan setelah masalah kemurungan itu selesai.
  8. tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi
  9. berusaha dengan membantu diri anda sendiri dengan sebaik mungkin
  10. jangan menyalahkan diri sendiri jika menemui kegagalan
  11. Jika anda mengenalpasti diri berada dalam kemurungan, jangan malu untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor atau ahli psikologi bagi membantu anda.
Rujukan: http://www.medicine.ukm.my/wiki/index.php/Kemurungan

Mengapa seseorang mengalami kemurungan


  1.  kemurungan boleh berlaku dalam keluarga.
  2. peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan, contohnya: kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa.
  3. penyakit kronik, contohnya: sawan, asma dan kanser.
  4. risiko kemurungan boleh meningkat dengan penyakit neurologi seperti strok, Penyakit Parkinson (Parkinson’s disease) atau multipel sklerosis.dan juga tahun pertama selepas melahirkan anak.
  5. ciri-ciri peribadi seperti tidak ada keyakinan diri.
  6. penyalahgunaan dadah, contohnya steroids, ubat cegah kanser dan sebagainya.                                                                                                                                                      

Jenis-jenis kemurungan

Reaktif
  • paling biasa terjadi
  • disebabkan oleh trauma dan pulih dengan segera
Endogenous
  • tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan seharian
  • faktor tidak jelas dan mungkin disebabkan oleh genetik
Penyakit bipolar (bipolar disorder)
  • penyakit kemurungan dan mania