Sabtu, 16 Oktober 2010

Besarnya kesan Kemurungan Terhadap Hidup Remaja

 

Kemurungan beri kesan kehidupan remaja

KEMURUNGAN adalah penyakit yang cukup berbahaya. Ia mampu menyongsangkan perspektif normal seseorang sehingga mengakibatkan perubahan tingkah laku dan akhirnya mencederakan diri sendiri atau lebih teruk lagi - bunuh diri.

Kini penyakit tersebut bukan sahaja merangkumi golongan dewasa malah turut melanda remaja atas pelbagai sebab antaranya, tekanan persekitaran, peperiksaan, masalah keluarga atau dengan rakan-rakan di sekolah.
Sesetengah orang berpendapat bahawa kemurungan remaja hanyalah sekadar perubahan angin dan sikap melankolik yang sesekali melanda golongan ini.

Sebaliknya, kemurungan atau depresi merupakan masalah serius yang memberi impak kepada setiap aspek kehidupan remaja berkenaan.

Jika dibiarkan tanpa rawatan ia mampu menimbulkan masalah lebih besar di rumah dan sekolah. Lebih tragik lagi jika remaja itu terlibat dengan dadah, membenci diri sendiri, bertindak ganas dan akhirnya membunuh diri.

Walaubagaimanapun, penyakit tersebut boleh dirawat dengan bantuan ibu bapa, guru atau rakan yang paling rapat dengan mereka.

Dekan Jabatan Psikiatri dan Psikoterapi Fakulti Perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Azhar Md. Zain berkata, meskipun agar sukar dikesan, namun ibu bapa sebagai orang paling hampir dengan pesakit harus mengenal pasti simptom kemurungan pada anak mereka.
''Antara perubahan ketara yang mungkin boleh dikenal pasti adalah perbezaan sikapnya yang menjadi ganas, mengambil dadah, mengunjungi kelab atau perkara yang membahayakan diri mereka.
''Sebaliknya simptom juga boleh datang tanpa disedari iaitu apabila pesakit menyembunyikan perasaan sebenar, menyendiri, hilang minat bersosial dan sebagainya,'' jelas beliau.

Ramai terlupa betapa sukarnya zaman remaja apabila terpaksa mengimbangkan antara keprihatinan dan keakraban hubungan sesama rakan, kejayaan akademik, kurikulum dan pembangunan jati diri yang kukuh serta bermoral.

Oleh itu, sesekali menunjukkan muka masam atau perangai adalah normal tetapi kemurungan mampu merosakkan personaliti remaja dan menimbulkan perasaan sedih, kecewa atau marah yang amat sangat.
Tidak seperti golongan dewasa yang mampu mendapatkan bantuan dengan sendiri, remaja biasanya terpaksa bergantung kepada ibu bapa, guru atau penjaga mereka untuk mengenal pasti penyakit yang dihadapi serta mendapatkan rawatan diperlukan.

Justeru, jika anda mempunyai remaja dalam hidup anda adalah penting untuk mengenal pasti tanda-tanda kemurungan ini dan apa yang perlu dilakukan sekiranya menemui simptom tersebut.

6 ulasan:

  1. dewasa kini,isu kemurungan makin menjadi- jadi...kemajukan dunia memerlukan kita bersedia untuk menghadapi cabaran. kemurungan adalah penyakit yang menjadi-menjadi dikalang masyarakat kita. Tanganila isu ini dengan bijak dan maklumat yang diberikan sangat berguna untuk kita ketahui ciri dan penyebab kemurungan. syabas!!!!!

    BalasPadam
  2. em..mmg btl apa yang d katakan..mmg sukar menangani depresi. oleh itu kita kena bijak dalam mencegah sebelum ianya menjadi kronik..pekara ini perlu dibendung ekoran semakin bertambahnya kadar pesakit mental tahun demi tahun..

    BalasPadam
  3. salam perkenalan untuk semua...
    selamat membaca dan mendapat sedikit pengetahuan daripada informasi yang disediakan..

    BalasPadam
  4. kak.nurul : ya kak..sekarang ni murung menjadi-jadi apabila kaum keluarga sendiri sanggup dibunuh apabila ubat dah habis..macam tak selamat ja sekarang ni waima di rumah sendiri pun..

    BalasPadam
  5. dayang : betul tu..sokongan keluarga sangat penting jika ada ahli keluarga yang depress..jangan biarkan dia keseorangan.. temanilah dia dan sokonglah dia..

    BalasPadam